Wednesday, 30 November 2011

Wordless Wednesday...

Dalam hidup ni, tak semua benda yang kita nak akan tercapai, kan...mungkin kita 'gagal'...



Tapi takpe...'gagal' tu jugak yang akan buat kita lebih kuat..!




Tapi, dengan syarat, hadapi kegagalan itu...Insya Allah...usaha, doa dan tawakkal...will lead us to...



Ya Allah, jika itu yang terbaik bagiku, aku redha. Dengan itu, Kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapinya...Amin Ya Rabbal Aalamin...

p/s : Pics credits to Google Image


Tuesday, 29 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433H


Ahad lepas, seluruh umat Islam menyambut tahun baru Hijrah kita yang ke 1433. Seronok kan, dapat cuti, hari Senin plak tu...lilyothman memang suka kalau PH ari Senin. Yelah..selalu sangat 'Monday blues' la katakan..(ngade2 je...padahal setan je sume tu...). Dalam pada kita enjoy sakan dengan long weekend ni, nak jugak tau sejarahnya. Kalau asal usul sejarah Hijrah ni pada zaman Nabi Muhammad SAW ni dulu, bermula daripada perpindahan Baginda dari Mekah ke Madinah dalam tahun 622 Masihi. Perpindahan Baginda bertujuan untuk menyebarkan agama Islam yang suci ni. Kalau nak tau secara detail, lilyothman tak berani nak elaborate sangat sebab, yela...lilyothman ni bukannya arif sangat. 
Kalau dulu, masa zaman sekolah, lilyothman cuma sambut Maal Hijrah dengan tak tau apa-apa, bila cikgu select untuk masuk pertandingan nasyid, ikut aje. Pastu, syok cuti aje. Bila dah masuk remaja dan 'remaja purba' ni, barula reti nak adapt kan hijrah tu. Yela..tak semestinya hijrah tu bermaksud 'pindah' secara direct dan nampak dengan mata kasar. Kita buleh mula sikit2 daripada yang kurang elok kepada elok. Insya Allah...

Pic & info credits to Google Image



Friday, 25 November 2011

Ombak Rindu...

Sejak lebih kurang sebulan yang lepas, lilyothman ada tengok promo filem ni kat TV, macam sayu sangat, dengan lagu yang mendayu-dayu. Yelah, mostly filem skang kalau dalam pembikinan, tak banyak publicity. Tau2 dah tayang, kan...macam filem ni, dah nak kuar 1 December. So, I just ignore la...I thought maybe just an ordinary film. Tetiba, on last 17 Nov, I 'ter' jalan-jalan kat Kinokuniya KLCC. Entah kenapa, tergerak hati nak jalan kat area novel2 melayu. Selama ni, dah lama tinggalkan 'dunia baca novel' sejak lebih kurang 15 tahun yang lepas. Pastu, terpandang pulak novel "Ombak Rindu" ni. Dalam hati cakap, macam familiar. Oooo! baru ingat, inilah novel yang drg buat filem tu kot. Lagipun ada nampak jugak iklan dia kat stesen LRT KLCC. Then, terus sambar satu and sejak dari tu, terus baca. Sekarang ni dah nak tengah2. Agaknya kalau time bujang dulu, mau 3 hari dah katam.


Memang best novel ni, jalan cerita yang disusun kemas, bole buat nangis..hihii...Tak sabar nak tengok movie ni.






Sinopsis

Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tuanya akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang, dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela. 
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, seorang model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah Hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
p/s : Pics & info credits to Google
So, sama-sama la kita tunggu dan pegi tengok 1 Dec ni ye...

Happy 6th Anniversary, Honey...




Alhamdulillah...hari ni, Jumaat 25 November 2011, adalah hari ulangtahun perkahwinan lilyothman dengan my beloved hubby, Azlie Shah Saludin. Esok pulak, birthday dia..hehee..so, double joy! Anyway, I would like to dedicate this entry to him. Kebetulan, 6 years back pun, hari nikah kitorang pun hari Jumaat. Semoga dengan keberkatan hari Jumaat yang mulia ni, dan this coming Maal Hijrah, our marriage will be more blessed by Allah SWT, our parents and families. So, daddy aka honey, Happy 6th Anniversary & Happy Birthday from mommy & Eizandra Eliesya Binti Azlie Shah. 

Wednesday, 23 November 2011

Tuesday, 22 November 2011

Rimau dah mengamuk!! Ha! Ha! Tak tau...!!

Fuhhh...lemah lutut, siku semua masa tengok bola semalam...lebey kurang 130 minit rasa tense sangat-sangat...tengok Man Utd lawan pon tak macam ni sangat. Aduiyyaii puunn (bak kata Johan RL)...Maybe sebab kita di'asak' teruk mentally. Tapi takpe, macam yang lilyothman cakap dalam entry sebelumnya, kalau ada rezeki tak ke mana. Dan...dah terbukti, rezeki emas tu kita yang punya.....yeehhhaaa...!!!
Oklah..sure boring asik citer pasal bola jek 2 hari ni, kan...takpe, nanti kita citer pasal mende lain plak.
Anyway, SYABAS sekali lagi untuk skuad Harimau Muda sebab dah membaham Garuda...!!!

Harimau Malaya Selamanya...!!!

Monday, 21 November 2011

Selamat berjuang adik-adikku... !!

Selamat berjuang? berjuang amendenye? SPM? takde maknenye...dah nak settle dah pon...2 orang anak sedara lilyothman pon dah nak merdeka dah...oopss! jangan merdeka dulu ye..amer ngan nurul...:)
Yang I maksudkan, selamat berjuang kepada skuad bolasepak Harimau Muda kita (sebab tu la panggil adik-adik...) sebab diorang sume umur bawah 23 lagi.

Malam ni, diorang sume akan bertarung untuk merebut 'ibu' segala pingat emas untuk the whole Sukan Sea kali ni. Harapnya diorang dapat bawak balik la medal tu ye..hopefully diorang dapat menepis segala provokasi yang ditimbulkan (kalau ada la...), hopefully jugak kali ni tak la naik barracuda lagi. Petang ni, nak jalan laju2, nak catch train secepat mungkin, balik settlekan ape yang patut and....duduk melekat depan tv dengan my hubby dan Zandra.

Tengah tekun dengar coach Ong Kim Swee bagi briefing...
(Pic credit to Harian Metro, 21 Nov 2011)

Bak kata kapten Baddrol Bakhtiar, kalau boleh dia nakkan teammates nya berjuang habis-habisan and bawak balik pingat emas macam tahun 1977 & 1979(tahun feveret lilyothman). So, mintak-mintakla diorang 'gegar'kan stadium Gelora Bung Karno malam ni ye...insya Allah... Tapi, dalam pada tu, kesian kat striker Izzaq Faris Ramlan. Injured teruk jugak nampaknya kat dalam berita semalam. Lutut kiri dia injured kena bantai dengan Myanmar player ari tu. Sampai ber'crutches' segala. Hmm..takpela.. insya Allah, kalau ada rezeki tak ke mana kan? Harap2 Ahmad Fakri Saarani dan Syahrul Azwari Ibrahim dapat sumbat gol kemenangan.
Releasing moment after their training session semalam...
(Pic credit to TheStar, 21 Nov 2011)

Salam semua...!!!

Hi, sume...dalam pada blog ni asik 'under construction' aje, akhirnya...hari ni, terbukak jugak hati untuk post something. Lepas ni, bole la kita citer-citer, discuss-discuss, ngomel-ngomel, lawak-lawak and so on. Dah dekat 2 minggu asik memikirkan nk letak post ape. Asik je buzz-buzz ngan th3b0r3dsha, kacau dia tanya itu, ini..camane nak buat itu, ini...I memang buleh dikatakan tak berapa terer lagi...lepas ni buleh buat mentor la ye, th3b0r3dsha ? 

Lebih kurang 2 minggu jugak dok make-up kan blog ni, godek sana, godek sini, naik juling jugak mata nak memilih kaler...akhirnya..jeng..jeng..jeng...kuarla background camni. So, ter'maktub' la dalam sejarah idup lilyothman, pada 211111, ter'post' la my 1st entry. Pening jugak mencarik design. I was spoiled with options. Ok jugak, kan? tapi cam lembut sangat la pulak... lilyothman ni bukan la org  yang lemah lembut sangat...very derr...tapi, takpe....as we go along, kita buleh kenal2...

p/s : sape2 yang dah terror tu, tolong la bagi komen / advice ye...tengkiu...