Wednesday 21 December 2011

Wordless Wednesday...

Saje nak jiwang sket tetengah ari ni...

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku...

Tuhan...aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam...kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan...bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku terseksa 
Tanpa cinta dia dihatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku...

Thursday 15 December 2011

Pre-X'mas present exchange...

Semalam, kat my office, to be exact, my department, ada buat present exchange sempena christmas ni la kan...So, macam biasa, bawak potluck masing-masing, ada yang belanja air, belanja snacks, I pulak decided to make some bread puddings. Mula-mula I try satu resepi baru. Macam tak confident pulak nengok dia lain macam je sebab tak pernah try, kan...so, disebabkan takut apa-apa hal, I buat lagi satu yang I biasa buat. So, memang jadi la. Alhamdulillah...tapi, gambar tak amik la pulak..takpelah... Then, I bawak je dua-dua, alhamdulillah, abissss...
Main dish nye Bihun Goreng Tomyam, order kat satu cafe nearby. Cafe ni memang favorite kitorang bila gi lunch la kan. Then, ada one Korean colleague, bawak Glass Noodle. Huh?? GLASS NOODLE? Ape tu? memang mula-mula pelik. Tapi, bila dah rasa, waaa..berpinggan-pinggan I makan. Memang best!!
Dah namanya present exchange, so kenalah beli hadiah. Budget yang ditetapkan min RM20. Cari punye cari, jumpa kat BodyShop. Dapatlah a pack of body lotion & shower gel. So, kami pun tukar-tukar hadiah ikut cabutan nombor. Kebetulan sangat, even lepas cabut nombor pun, hadiah I dapat kat my colleague Mimie and hadiah dia dapat kat I. Memang kebetulan...

Ni hadiah I untuk Mimie. Lupa plak nak ambik gambar isi dalam.(Kenapalah aku nampak bongkok dan katik..?? )


Ni hadiah Mimie untuk I

Ni isinya...
Mug ni besar, so I cakap ngan Mimie, dia mandi guna shower gel I, and I mandi pakai 'gayung' yang dia bagi ni. Memang mug ni sebesar gayung. Hahahaa...

My boss pulak buat lucky draw, untuk let go kan gift items yang dia dapat dari airlines and supplier. Cabut punye cabut, dapatlah mende ni...

Clarins sling bag...

Dan...inilah kengkawan kat opis...


Selamat Hari Raya!!! Eh! silap...
Merry Christmas!!!!!


Monday 12 December 2011

Mak-mak panas...sesekali terlepas...(panas ke???)

Salam semua...lama jugak tak update cik belog ni. Ngam2 soi seminggu. Bukan apa..takde mende nak di ceritakan. Tapi kali ni, memang best. Hari ni, terasa-rasa lagi ke'best'an nye..
Bukan apa...tetiba, ada 1 of my long bff yg dok kat JB, nak turun Kay Ellll(sebut mcm Abon-Osbon). Kitorang pun set kan la reunion. Bukan la reunion besar-besaran pon. Just klik kitorang masa sekolah dulu je, Sek Men Keb Gombak Setia (sebut 'sekmenkeb') Biasala...semua org ada klik seniri masa sekolah dulu, kan? So, set punya set, sume agree nak gi jimba-jimba kat...jeng...jeng...jeng..RED BOX The Gardens, MidValley. Siap pakat sume kena pakai baju itam...dah jadi 'mak itam' plak sume. 

Memula jumpe, memang seronok sgt. Peluk2, x pedulik orang lalu-lalang. Yelah..mana taknye...dah 15 thn beb!! Dulu, masa sekolah, sume baik-baik je..(baik ke? abih skrg x baik ke?) heheee...sekarang, sume dah jadi mak orang dah ye..cepatnya masa 15 thn tuh. Yelah..sume dah '3 series'. Melalak-lalak x ingat dunia, sebbaik tak ilang sore. Bukan stakat x ingat dunia, makan-minum pon x ingat. Amik buffet, lemau cam tu je...dpt 4 jug coke, abih se'jug' jek...teruk btul! 
Huh! Citer banyak pon x guna. Layan je la gambar2 bawah nih...Tapi, sori la, gambo sume x brp clear. Maklumla..kamera x berapa nak 'dslr' sangat..hihiii...

  Shima Samat xde plak...tgh amik gambo...

Time aku melalak jugak dia nak amik gambo...


Smile....!!

Bff...bila la nak jumpe lagi ek?
(Left to right, Zai@KakZai, Laili@Lily@Achik, Shaza@Akak, Yana@Angah, Shima, NikAida)


Looking forward to see you guys again. Love uollssss!! Muahhh!!!

Tuesday 6 December 2011

Syahdu..Sendu...Ombak Rindu...

Salam semua...how's your weekend? Hopefully was filled with exiting activities, kan? My last weekend, all 3 of us (me, hubby n Zandra) dengan exited nya plan nak pegi tengok wayang. Citer ape? For sure la citer Ombak Rindu. So, dengan semangatnya kitorang siap2, dan bertolak la ke MidValley. So, lepas park kereta kat area car wash tu (sebab nak cuci kereta sekali), kitorang pun cepat2 jalan nak beli tiket wayang. Naik aje escalator, tengok2 queue nya, uuiiii!! berlipat-lipat, ngko!! Nah, hamek ko...I tgk muke hubby, hubby tgk muka I dgn takde reaction. Si Zandra pulak, dengan tak tau ape2, terus merengek nak beli McD Happy Meal (dah feveret dia...). So, I yang kena 'q' dengan dia, beli Happy Meal, while hubby 'q' beli teket wayang. Sambil 'q' tu, dengar announcements pasal show mana yang dah penuh. Suspense jugak, dalam ati kata, jangan la show aku habis jugak. Finally, dengar jugak show untuk citer tu abis, even for the whole day walaupun masa tu baru pukul 12 lebey. Then, dengan tensen nya teruskan 'q' utk beli Happy Meal. Lepas tu, terus je bawak Zandra jalan2.

Hari Ahad pulak, merayu ngan hubby untuk kalau2 ada 2nd chance. So, dia kata, ok...tapi tengok kat Wangsa Walk je la (sebab dekat dengan umah). Dan, dia pulak, dari pagi sampai tengahari ada gathering MyCruze Club nye. Then, dia promise, otw back nanti, dia singgah belikan tiket dulu. Then, I think, gud enough! Dengan tak sabarnya, I pun tunggu kat umah, asik tepon hubby tanya dia kat mana. Yang Zandra plak asik merengek je, yelah...weekend kan, mintak attention la. Finally, pukul 3 lebey, hubby pun balik, katanya teket abis sampai malam jugak, pastu katanya, orang 'q' sampai ke escalator. Fuhh!! Bad mood I satu hari...sampai hubby pun pelik. Sian dia...x pasal2 kena tempias. Bukannya salah dia teket tu abis. 

Hari Senin, tetiba hubby kata nak mc sebab dia memang demam dari semalam. So, bila dia tak keje, automatically I takde transport. So, paham2 jela ye..Zandra still hantar ke nursery. So, dalam pukul 10 kitorang terus siap, gi dating ke Wangsa Walk. Yang demam tu pun, sihat pulak nampaknya. Hehee...Terus la beli teket, and....Fuhh!!! ADA! yelah..weekdays..pepagi pulak tu. Dapat la tengok pukul 11.20. 
Memang best, sendu, syahdu betul la citer ni. Masa masuk, tengok ramai makcik2 and teenagers. Ada jugak few couples. Baru nak dekat 1/2 jam citer role, lepas sorang...sorang makcik bangun, di'suspect' untuk pegi toilet, sebab ada dengar bunyi soksek2...(nangis la...). Yang I pulak, dengan penuh determine nak tahan nagis, lama2, kluor jugak air mata. Tapi, dicontrol supaya tak meleleh. I intai my hubby, matanya berkaca! Wahh...jarang betul (actually x penah langsung) dalam sejarah idup dengan dia, dia nangis bila tengok citer melayu. Dia kata, 1st time citer melayu yang betul2 touched dia. Fuhh!!! Dari mula cerita, sampai abis, memang sedey. Nasib baik happy ending. Memang ada a few shots yang diolah dari novel. Yela.. takkan nak sumbat sume. Kang lebam 'montot' nak duduk lelama dalam tu. 

Anyway, itulah hebatnya penangan novel tulisan Fauziah Ashaari tu. Memang best!! Inilah dikatakan, imaginasi yang digunakan ke jalan yang positif. Sekarang ni plak, lilyothman tengah layan sequel novel ni - Cinta...Tiada Akhirnya.

Friday 2 December 2011

Rezeki di pagi Jumaat...

Pagi tadi, tak la pagi sangat pun, sedang lilyothman khusyuk buat kerja, (dengan hati yang tak sabar nak mengabiskan hari ni, sebab tunggu weekend) tiba-tiba my boss datang hulurkan something. 
"Nah! Your reward for last Matta Fair!...", katanya. Waaa...lilyothman pun apa lagi. Rasa nak melompat pun ada jugak. Tengok-tengok ada few helai Jusco voucher dengan total bernilai RM***. Waaa...rezeki...rezeki...Alhamdulillah...
Lama jugak tunggu result Lucky Draw ni. Yes, it's a lucky draw actually. Masa Matta Fair last August, our GDS (Global Distribution System) provider, GALILEO ada announced. Sesape yang buat booking banyak-banyak , ada good chance untuk menang hadiah, antaranya, shopping vouchers, iPod dan iPad2! Tak sangka pulak I'm among the lucky ones. Tapi, tak tau la pulak sape yang dapat iPad2 tu. Bila I tanya kat my boss, dia melawak pulak, cakap dia yang dapat. Hish! Takpelah..anyway, Congratsss!! to semua yang dapat especially Christa, Aiffa.Yayy!! Boleh shopping esok!!! 

Pics credits to Mr Google